Selasa, 22 Jun 2010

Ucapan Aluan Daripada Pengerusi JKKKP Permatang Sintok YBHG. Dato' Haji Abu Bakar bin Darus




Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya harapan menyiapkan Profail Kampung Permatang Sintok dapat direalisasikan.
Selaras dengan kemajuan teknologi masakini, internet adalah merupakan satu instrumen yang amat penting bagi menyampaikan maklumat secara pantas dan melalui laman web ini, maka pihak kami berharap akan dapat memberi informasi terkini terutama kepada anak Kampung Permatang Sintok dalam kawasan JKKKP agar mendekatkan lagi diri mereka kepada desa tercinta. Dengan ujudnya laman web ini juga, sudah tentulah ianya akan dapat memberi serba sedikit informasi mengenai Kampung Permatang Sintok kepada masyarakat umum dan seterusnya mengetahui apakah perancangan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan kearah memacu masyarakat Kampung Permatang Sintok menuju pembangunan rohani dan jasmani yang lebih terancang.
Dengan memaparkan segala perancangan ini, ianya juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi motivasi pihak JKKKP untuk mencapai segala matlamat yang telah dirancang demi kesejahteraan masyarakat Kampung Permatang Sintok.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh barisan Ahli Jawatankuasa JKKKP Kampung Permatang Sintok yang telah memberi sokongan dan kerjasama di dalam saya menjalankan tugas sehingga kini dan saya merasa amat bertuah kerana memiliki sebuah team atau jentera pentadbiran yang sentiasa komited didalam mentadbir Kampung Permatang Sintok keseluruhannya.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa JKKKP Kawasan Permatang Sintok yang bertungkus-lumus dalam menjayakan laman web ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan