Selasa, 22 Jun 2010

SEJARAH KAMPUNG

Kampung Permatang Sintok diberi nama kerana pada zaman sebelum kemerdekaan, di kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok sintok iaitu sejenis pokok yang menjalar di dalam hutan-hutan kecil ketika itu. Bentuk pokok Sintok ia mempunyai buah seperti buah jering dan akarnya dijadikan sintok untuk perubatan tradisional. Demikianlah secara ringkasnya nama Kampung Permatang Sintok diperolehi.

Manakala, Pekan Permatang Sintok merupakan pekan yang menjadi tumpuan penduduk kampung berhampiran, pelbagai aktiviti di jalankan di kawasan pekan tersebut, salah satunya bangsawan, para pelopor bangsawan ada yang masih hidup sehingga sekarang.

Kawasan tanah pekan tersebut adalah anugerah dari Tun Abdul Razak ketika menjadi Perdana Menteri, ini merupakan satu-satunya tanah orang melayu di Pekan Permatang Sintok, dengan anugerah ini pekan Permatang Sintok telah membangun dengan di wujudkan Pasar Ribu yang dikendalikan oleh Koperasi Pasaran dan Perniagaan Permatang Sintok, Penaga, Seberang Perai Utara Berhad sehingga sekarang, cuma nama Pasar Ribu ditukar nama Pasar Malam.

Hasil dari pejuangan orang dahulu yang membangun tanah pekan ini pembahagian tanah diberikan pada UMNO Cawangan Permatang Sintok untuk dikendalikan bersama Koperasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan