Selasa, 22 Jun 2010

PENDAHULUAN

Penubuhan JKKKP adalah merupakan hasrat kerajaan bagi menjamin kemajuan dan keselamatan negara. Dalam kontek negara ini di mana penduduk luar bandar merupakan penduduk majoriti maka JKKKP ini merupakan satu petunjuk kestabilan ekonomi dan politik negara. Oleh kerana JKKKP merupakan organisasi yang paling hampir dengan masyarakat maka ia merupakan organisasi yang amat penting di dalam kemajuan negara. Kemajuan sesebuah kampung adalah juga dicerminkan oleh kegigihan JKKKP dan lanjutan daripada ini ialah kemajuan negara. Untuk menjamin kesinambungan ini berlaku, maka satu organisasi JKKKP yang kemas dan sihat perlu diwujudkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan